Rabu, 2 November 2011

Otak: Cara & Kaedah Manusia Berfikir


Kedua-dua belah otak manusia mempunyai fungsi yang berbeza. Otak dominan hemispera kanan lebih cenderung kepada kreativiti, imaginasi, intiusi, konseptual dan empati. Hemispera kanan bekerja secara tidak berstruktur, melihat sesuatu itu dalam gambaran yang sangat meluas dan berfikir secara menyeluruh. Antara pekerjaan yang banyak menggunakan hemispera kanan adalah dalam industri hiburan dan fesyen.

Hemispera kiri pula lebih cenderung kepada kecerdasan analitikal, logik, matematik dan saintifik. Mereka yang dominan hemispera kiri mampu berfikir secara sistematik dan terperinci. Mereka ini mudah untuk memahami perkara-perkara yang kompleks serta yang memerlukan maklumat yang sangat terperinci. Jurutera, pustakawan, kaunselor, pengaturcara komputer adalah di antara pekerjaan yang banyak menggunakan otak kiri.

Namun manusia tetap menggunakan keseluruhan otak mereka untuk berfikir dan gabungan antara mereka yang dominan sebelah kiri dan dominan sebelah kanan amat diperlukan untuk kehidupan ini.

Ujian Hemispera:
Bagi mengenal pasti anda dominan sebelah kiri atau kanan, laksanakan ujian ini. Tandakan (/) pada YA atau TIDAK mengikut kesesuaian ayat.

  1. Untuk soalan 1,2,4,7 dan 9 tandakan 'kanan' bagi setiap jawapan YA dan tandakan 'kiri' bagi setiap jawapan TIDAK
  2. Untuk soalan 3,5,6,8 dan 10 tandakan 'kiri' bagi setiap jawapan YA dan tandakan 'kanan' bagi  setiap jawapan TIDAK
  3. Jumlahkan 'kiri' dan 'kanan' yang anda dapat
  4. Sekiranya 'kanan' anda lebih banyak, maka anda lebih cenderung menggunakan hemispera kanan dan begitulah sebaliknya

Kalau yang ni guna otak sebelah mana?


Selasa, 1 November 2011