Jumaat, 12 September 2014

Back 2EC

Satu program kembali ke sekolah (BACK2EC) anjuran persatuan X-EC 78-82 telah berjaya diadakan pada 11 Februari 2012 bermula jam 8.30 pagi.

Program berbentuk amal & ilmiah ini telah dilaksanakan dengan jayanya dalam usaha persatuan memenuhi sebahagian dari agenda pertubuhannya iaitu membantu pihak sekolah yang telah banyak berjasa terutama kepada para bekas pelajarnya.

Pada program tersebut beberapa sumbangan telah disampaikan kepada pihak sekolah seperti sut trek, cenderamata & produk dari ahli persatuan dan pelbagai lagi. 

Sessi kounseling kerjaya juga sempat diberikan kepada pelajar oleh beberapa ahli persatuan yang meliputi pelbagai bidang kerjaya.

Pihak sekolah amat menyambut baik program yang dilaksankan oleh X-EC 78-82 ini dan berharap ianya akan dapat diteruskan pada masa-masa akan datang...Insyallah.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan