Jumaat, 12 September 2014

Cerita Pasal Internet

Internet Sebagai Industri di Malaysia

Menurut kajian yang dijalankan hasil kerjasama oleh McKinsey & Company, internet telah berkembang menjadi salah satu industri utama di Malaysia dan menyumbang kepada keluaran dalam negara kasar lebih tinggi daripada Amerika Syarikat atau pun China.

'Online and Upcoming: The Internet's Impact on Aspiring Countries' menjangkakan Internet telah menyumbang kepada 4.1% daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada tahun 2010, ataupun US$9.75 billion daripada KDNK 2010 bernilai US$238 billion (http://siteresources.worldbank.org/DATASTATISTICS/Resources/GDP.pdf ) jangkaan World Bank) -- menempatkan Malaysia diantara 30 negara berkembang pantas dan penting kepada masa depan Internet, menurut laporan tersebut.

Malaysia menjana pendapatan yang tinggi melalui pengeksportan peralatan yang membolehkan para pengguna menggunakan dan berhubung ke Internet. Walaubagaimanapun, McKinsey percaya yang mana dalam tempoh tiga tahun, Malaysia akan melihat peningkatan pada nilai aktiviti domestik pada Internet yang menyumbang kepada ekonomi negara. Ia telah pun sedia berkembang dengan pantas. Kadar penembusan Internet telah berganda antara tahun 2008 dan 2010 dan satu daripada tiga minit yang dihabiskan oleh pengguna Malaysia di rangkaian sosial. Ia kini terdapat hampir enam kali ganda pelayan untuk per kapita berbanding purata di negara lain dan 25 kali ganda per kapita berbanding di Asia Tenggara.

Walaupun begitu, Internet di Malaysia masih mempunyai potensi yang masih belum diterokai, mengikut laporan tersebut. Sebagai contoh, walaupun perniagaan di Malaysia menjual lebih banyak berbanding negara lain yang lebih kurang serupa, namun dari segi pengiklanan, ia masih jauh berbeza. Hanya 1% daripada perniagaan mengiklanan perkhidmatan mereka secara atas-talian, meletakkan Malaysia pada kedudukan 10% terakhir daripada 57 negara yang di index pada laporan tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan