Jumaat, 19 September 2014

Mesyuarat AJK Persatuan

Mesyuarat diadakan di pejabat baru Tuan Presiden jam 9.30 malam






Khamis, 18 September 2014

Al-Fatihah & Takziah

Saudara kita Haji Mohd Nuri Salimin telah kehilangan isteri tersayang, Allahyarhamah Hajjah Saodah Ismail pada 17 September 2014 akibat kanser yang dihidapainya lebih 2 tahun lalu.

Jenazah telah selamat disempurnakan dan dikebumikan selepas solat Isya pada hari yang sama. 
Ramai juga geng2 7882 yang tinggal di sekitar KL telah datang melawat.

Berikut adalah petikan teks dari Tuan Haji Nuri kepada geng2 7882 melalui Group Telegram:
" السلام عليكم
Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua saudara-mara, sahabat-handai, rakan-taulan yg telah datang menziarah arwah isteri saya Hjh Saodah Ismail semasa hidup, yg hadhir dan terlibat secara langsung & tidak langsung dlm pengurusan, mengsolatkan jenazah dn menguruskan pengkebumian. 
Juga terima kasih kepada sokongan dan ucapan yg tidak putus2 yg telah diberikan.
Jazakallah hoiron kathiro
Semoga roh arwah dicucuri rahmat Allah dan bersama2 dgn org yg soleh. 
Alfateha, Amin

Hj Nuri"


Sabtu, 13 September 2014

Sambutan Aidil Fitri 2014 Meriah!

Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri X-EC 7882 disambut meriah di MUAR....
Buat julung-julung kalinya sambutan dibuat di luar Bandaraya Johor Bahru... kali ni di Muar. Bertempat di Mann Catering Jalan Jonid, Muar Johor, majlis berjalan cukup meriah dengan kehadiran lebih 50 tetamu termasuk guru-guru lama... Tambah istimewa lagi dengan kehadiran Ketua Polis Daerah Muar iaitu Tuan Azman Lambak yang juga sama-sama geng dengan X-EC 7882 ni....Tahniah jawatankuasa pengelola majlis....TERBAIKKKK!!!!








Jumaat, 12 September 2014

Cerita Pasal Internet

Internet Sebagai Industri di Malaysia

Menurut kajian yang dijalankan hasil kerjasama oleh McKinsey & Company, internet telah berkembang menjadi salah satu industri utama di Malaysia dan menyumbang kepada keluaran dalam negara kasar lebih tinggi daripada Amerika Syarikat atau pun China.

'Online and Upcoming: The Internet's Impact on Aspiring Countries' menjangkakan Internet telah menyumbang kepada 4.1% daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada tahun 2010, ataupun US$9.75 billion daripada KDNK 2010 bernilai US$238 billion (http://siteresources.worldbank.org/DATASTATISTICS/Resources/GDP.pdf ) jangkaan World Bank) -- menempatkan Malaysia diantara 30 negara berkembang pantas dan penting kepada masa depan Internet, menurut laporan tersebut.

Malaysia menjana pendapatan yang tinggi melalui pengeksportan peralatan yang membolehkan para pengguna menggunakan dan berhubung ke Internet. Walaubagaimanapun, McKinsey percaya yang mana dalam tempoh tiga tahun, Malaysia akan melihat peningkatan pada nilai aktiviti domestik pada Internet yang menyumbang kepada ekonomi negara. Ia telah pun sedia berkembang dengan pantas. Kadar penembusan Internet telah berganda antara tahun 2008 dan 2010 dan satu daripada tiga minit yang dihabiskan oleh pengguna Malaysia di rangkaian sosial. Ia kini terdapat hampir enam kali ganda pelayan untuk per kapita berbanding purata di negara lain dan 25 kali ganda per kapita berbanding di Asia Tenggara.

Walaupun begitu, Internet di Malaysia masih mempunyai potensi yang masih belum diterokai, mengikut laporan tersebut. Sebagai contoh, walaupun perniagaan di Malaysia menjual lebih banyak berbanding negara lain yang lebih kurang serupa, namun dari segi pengiklanan, ia masih jauh berbeza. Hanya 1% daripada perniagaan mengiklanan perkhidmatan mereka secara atas-talian, meletakkan Malaysia pada kedudukan 10% terakhir daripada 57 negara yang di index pada laporan tersebut.

Back 2EC

Satu program kembali ke sekolah (BACK2EC) anjuran persatuan X-EC 78-82 telah berjaya diadakan pada 11 Februari 2012 bermula jam 8.30 pagi.

Program berbentuk amal & ilmiah ini telah dilaksanakan dengan jayanya dalam usaha persatuan memenuhi sebahagian dari agenda pertubuhannya iaitu membantu pihak sekolah yang telah banyak berjasa terutama kepada para bekas pelajarnya.

Pada program tersebut beberapa sumbangan telah disampaikan kepada pihak sekolah seperti sut trek, cenderamata & produk dari ahli persatuan dan pelbagai lagi. 

Sessi kounseling kerjaya juga sempat diberikan kepada pelajar oleh beberapa ahli persatuan yang meliputi pelbagai bidang kerjaya.

Pihak sekolah amat menyambut baik program yang dilaksankan oleh X-EC 78-82 ini dan berharap ianya akan dapat diteruskan pada masa-masa akan datang...Insyallah.






Logo Baru

X-EC 78-82 ada logo baru menggantikan logo lama. Timbalan Presiden Tuan Haji Mohd Ali Mohd Salleh telah memaklumkan bahwa logo baru ini akan digunakan dalam semua urusan rasmi persatuan. 

Kenapa logo lama digantikan tidaklah pula penulis tahu, mungkin logo baru ni lebih menepati warna rasmi sekolah agaknya. Tapi tak apalah...yang penting kita ada LOGO!

Khamis, 11 September 2014

Suara 7882

Buletin ini dah ditamatkan penerbitannya pasal takde sambutan...takde yang nak sumbangkan apa-apa pun...tak larat penulis nak tulis sorang-sorang...